Sunday 25 December 2011

Rumusan bahagian 1

Dalam bahagian 1, buku ini menerangkan mengenai ketidaksamaan dan pembangunan yang tidak sekata hasil daripada globalisasi. Ia juga menerangkan bahawa ekonomi global yang telah membuatkan pembangunan geografi menjadi tidak seimbang.

      Ketidaksamaan dikaitkan dengan kekayaan dan kemiskinan di sesebuah Negara. Ia membezakan diantara Negara maju dengan kurang membangun.  Walaupun telah banyak persidangan, strategi bagi menyelesaikan masalah kemiskinan ini, namun penulis melihat bahawa ia kurang berhasil dan mengambil masa yang lama. Penulis melihat bahawa kemiskinan semakin meningkat di sesebuah negara. Contohnya di afrika. Penulis juga menyatakan ketidakseimbangan juga berlaku dalam Negara seperti di Amerika Syarikat dan UK dimana terdapat jurang antara golongan kaya dan miskin.

Di afrika misalnya, penulis menyatakan ramai telah menganggap berlakunya pembangunan dan peningkatan kekayaan ekonomi, kadar buta huruf juga telah jatuh dan jangka hayat telah meningkat  tetapi secara keseluruhannya ia tidak dipersetujui dan diperdebatkan di seluruh Negara. Disamping itu, terdapat kemerosotan dalam langkah-langkah pembangunan boleh dikaitkan dengan banyak kematian yang berpunca daripada HIV/Aids dimana ia telah menjejaskan kebanyakkan Negara terutama di afrika penentuan harga global dan peningkatan kos telah menyebabkan mereka tidak boleh membiayai kos ubatan dan rawatan yang tinggi. Disebabkan keputusan yang buruk, kebanyakkan penasihat memegang agenda neo-liberal. Jadi, walaupun hasil yang diperolehi buruk, Dimana mereka yang berdebat telah menyumbang kepada bertambah buruk kemiskinan Negara. Oleh itu, adalah penting untuk memahami mengenai asas kepada punca kemiskinan dan untuk memahami pengukuran dalam pendapatan, kesamarataan dan pembangunan yang digunakan. Proses ini adalah berasaskan statistik.

No comments:

Post a Comment