Tuesday 11 October 2011

Globalisasi



Globalisasi bermula pada akhir tahun 1980an atau pada awal 1990an difahami sebagai usaha yang membabitkan pergerakan modal, manusia, barangan, maklumat dan budaya. Pada peringkat awal, pengerak globalisasi menganggapnya sebagai sesuatu yang baru, sukar untuk ditolak dan akan memberikan faedah kepada semua. Tetapi kemudiannya realiti menunjukkan bahawa globalisasi bukanlah sesuatu yang baru, tidak boleh ditolak malah tidak memberikan manafaat kepada semua.

Menururt McGrew, ia menggambarkan globalisasi sebagai “intensification of global interconnectedness”. Ia adalah berkaitan peningkatan hubungan jaringan global dimana pada waktu ini sempadan negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita. Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan negara sama ada barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fesyen dan juga kepercayaan. Pergerakan juga berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi.

Proses globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil seperti mana metafora Marshall McLuhan yang mengatakan dunia sudah menjadi sebagai “Kampong Sejagat”. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula telah menggunakan metafora “Jiran Global Kita” untuk menghuraikan konteks politik negara-negara dalam proses globalisasi ini.

No comments:

Post a Comment