Tuesday 11 October 2011

Globalization and Social Change by Diane Perrons







Disini, saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sebuah buku berkisarkan masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara di era globaslisasi kini. Buku yang bertajuk ‘Globalization and Social Change’ ini dikarang oleh Diane Perrons, Professor dalam bidang geografi ekonomi dan pengajian gender di Insitut Gender, Jabatan Geografi dan Persekitaran, London School of Economics (LSE) United Kingdom.

Buku ini membincangkan kesan globalisasi dan ekonomi baru kepada kehidupan manusia dan pekerjaan di tempat yang berlainan. Penekanan diberi pada aspek perubahan sosio-ekonomi  terutamanya kepada pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi serta perubabahan corak kerja dan pengurusan kehidupan.

            Ia juga menjelaskan dengan lebih terperinci perbandingan analisis empirical dan bagaimana masyarakat menghadapi tekanan luar yang sama tetapi dengan pendekatan yang berbeza dalam usaha untuk mengenalpasti corak social dan pembangunan. Pendekatan diambil daripada ‘reformist tinkerer’ dan bukannya ‘utopian visionary’ ( Harvey, 2000) ia selaras dengan kepercayaan bahawa peningkatan marginal kerana ia mempunyai kesan yang sebenar dan serta merta ke atas kehidupan manusia.


Buku ini mengandungi 4 bahagian keseluruhannya di mana dalam bahagian 1, penulis menerangkan mengenai ketidaksamaan dan pembangunan yang tidak sekata hasil daripada globalisasi. ia juga menerangkan bahawa ekonomi global yang membuatkan pembangunan geografi menjadi tidak seimbang.
           Bahagian 2 pula menjelaskan mengenai integrasi ekonomi dan hubungannya dengan buruh dan jantina. ia menceritakan peranan wanita dalam pekerjaan. Penulis juga mengambil UK sebagai contoh bagi menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan wilayah.
            Bahagian 3 pula menjelaskan mengenai ekonomi baru dan keadaan geografi dimana ia menjelaskan mengenai jurang, kehidupan dan sosial di kawasan globalisasi.
            Bahagian 4 menjelaskan mengenai penyertaan dan pemerkasaan dalam membentuk semula sosial dan cabarannya pada masa kini.



No comments:

Post a Comment